Saturday, June 7, 2014

Rawatan Braces Dan X-ray

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa jika anda ingin mendapatkan rawatan braces anda perlu mengambil 2 X-ray?
1.Xray-OPG
2.Xray-lateral ceph
Tahukah anda apakah beza kedua-dua xray ini dan kenapa ia penting untuk di ambil sebelum rawatan dijalankan?

Xray-lateral ceph memang berkait rapat dengan rawatan Orthodontik.Ia sangat penting untuk di ambil bagi membolehkan doktor dapat melakukan pemeriksaan yang teliti keatas masalah yang dihadapi oleh pesakit sama ada ia berkait dengan gigi sahaja atau ada hubungkait dengan tulang rahang pesakit itu sendiri.
Dengan adanya Xray ini,ia dapat membantu doktor dalam plan rawatan bagi mencapai keputusan rawatan yang di kehendaki.
Masalah seperti "skeletal resistance" selalu memberi masalah kepada perawat bagi mendapat keputusan rawatan yang di impikan.

Sebelum rawatan braces di Klinik Pergigian Syarifah kami akan memastikan semua data dan xray di ambil terlebih dahulu dan dikira mengunakan sistem berkomputer bagi mendapatkan bacaan cephalometric analysis,ini dapat memastikan rawatan braces dapat dilakukan dengan mudah.

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (GELIGA,KEMAMAN)-0199554161
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (Jln TELUK SISIK,KUANTAN)-0199814913
 









2 comments:

mzlov said...

Salam. Adakah pemakaian braces menyalahi hukum Islam?

majidah mamat said...

mzlov. Salah bagi tujuan bergaya keran ingin kelihatan cantik atai membaiki ciptaanNya, tapi bagi tujuan kesihatan yang boleh memudaratkan smp nak gigit nasik pun takdpat, in sya Allah tak salah. Berdasarkan pengetahuan cetek dari sy tahu cm tu la :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...