Sunday, November 2, 2014

RAWATAN BRIDGE PENGGANTIAN GIGI PALSU KEKAL

Jika sebelum ini saya post mengenai rawatan implant, hari ini saya akan kongsi mengenai bridge/crown. Bridge dan crown adalah cara pergantian gigi palsu kekal yang selesa dan murah. Ada pesakit yang datang ke Klinik Pergigian Syarifah dan mengadu mengenai kehilangan gigi dan ingin mengganti gigi dengan gigi palsu yang selesa dan mudah dijaga.

Bridge adalah jambatan  kerana pergantian gigi palsu jenis ini menghubungkan antara dua gigi yang dipegang untuk mengukuhkan gantian gigi yang hilang.Contohnya




Pesakit kami kehilangan dua batang gigi hadapan dan ingin menggantikannya menggunakan rawatan bridge. Jadi gigi disebelanya kiri dan kanan akan digunakan untuk menjadi pegangan untuk mengganti gigi yang hilang. Gigi yang dipengang akan dikecilkan sedikit untuk disarungkan bridge.  Gigi yang dikecilkan akan digantikan dengan crown sementara sebelum bridge siap. Seterusnya bridge yang telah siap akan disarungkan menggunakan cement khas pada bridge tersebut. Hasilnya amat memuaskan hati kerana ia kelihatan seperti gigi asal.

Bridge amat mudah dijaga kerana ia tidak perlu dicabut untuk dibersihkan malahan ia hanya perlu dijaga seperti gigi asal.

JIKA ANDA BERMINAT ATAU INGIN MENGETAHHUI MAKLUMAT LANJUT TENTANG BRIDGE, BOLEH HUBUNGI ATAU KUNJUNGI KLINIK KAMI DI ALAMAT :




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...