Saturday, April 29, 2017

Nak pakai braces?

Ramai yang datang ke klinik nak pakai braces. Tapi tahukah anda yang pemakaian braces bukanlah sebab untuk kecantikan tau?

Jom kita tengok sebab apa perlunya pemakaian braces:


1. Gigi berlapis adalah sangat sukar untuk dibersihkan!
Susunan gigi yang berlapis menyebabkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi susah dibersihkan dengan hanya menggosok gigi. Anda perlukan usaha extra untuk pastikan sisa makanan boleh dibuang, seperti menggunakan floss.



2.Gigi yang terkeluar ke bibir atau dalam ke lelangit
Gigi seperti ini boleh menyebabkan trauma pada bibir atau bahagian lidah dan gusi. Pendek kata nak makan pun kena hati-hati sebab takut terluka.

3.Gigi yang terlampau jongang atau rahang bawah terlampau ke depan
Susunan gigi ini biasanya ada kaitan dengan bentuk tulang rahang. Ada yang rahang atas membonjol keluar, dan ada juga rahang bawah yang terlampau ke depan. Ini boleh mengurangkan keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Tambahan pula, mereka yang memiliki rahang seperti ini mempunyai masalah pertuturan yang kurang jelas!

4. Gigitan terbuka
Ini biasanya disebabkan oleh tabiat menghisap jari semasa kecil atau saiz lidah yang besar. Mereka akan mengalami masalah untuk mengunyah makanan dan sebutan sesetengah huruf tidak jelas.




5. Gigi jarang
Gigi menjadi jarang akibat cabutan gigi, gigi tidak tumbuh (impacted) , tiada gigi dan bentuk gigi yang luar biasa. Gigi yang dicabut perlu diganti kerana terdapat masalah sampingan yang akan timbul. 

Apapun niat kita untuk memakai braces, janganlah niatkan untuk kecantikan, tetapi lebih kepada fungsi untuk kegunaan harian.

Monday, April 17, 2017

Cara rawatan akar dilakukan

Ini adalah rajah yang mudah untuk memahami apa itu RCT


Biasanya di klinik kami,kami jarang mencabut gigi dan kami akan mengesyorkan rawatan ini untuk menyelamatkan gigi anda...

Anda takut?....jumpa kami,


kami jarang mencabut gigi..kami selalu menyelamatkan gigi daripada hilang.

#klinikgigiprivatedikuantan
#klinikgigiprivatediterengganu

Saturday, April 8, 2017

Gigi yang hilang perlu diganti


-Gigi hilang yang lambat atau tidak diganti boleh menyebabkan gigi lain bergerak..
-Ini menyebabkan makanan boleh melekat dan terselit diantara gigi.
-Akibatnya gigi yang lain pula yang berlubang dan mungkin dicabut.





Di 4 cawangan klinik kami,kami memberikan pilihan rawatan yang pelbagai bergantung kepada budget anda.
Antara cara mengganti gigi hilang ialah implant, bridge dan gigi palsu
Dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali...
Gigi kekal dan asli untuk seumur hidup..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...