Friday, May 26, 2017

Tuesday, May 23, 2017

3 rawatan yang anda perlukan untuk senyuman berseri di hari raya

1. SCALING aka cuci gigi


Gigi berkerak akibat karang yang keras dan mulut berbau? Jangan risau. Jom datang ke klinik untuk cuci gigi anda.
-Scaling ialah proses membuang karang gigi @plak gigi
-Tak dapat memutihkan gigi cuma dapat membuang stain/karat pada ATAS PERMUKAAN gigi


klik FAQ SCALING untuk mengetahui persoalan umum tentang scaling

2. VENEER


 Veneers gigi boleh dibuat dari porselin atau bahan komposit. Veneers porselin memberi kesan yang lebih baik daripada veneers komposit kerana lebih menyerupai gigi yang asli

 Ciri-ciri gigi yang memerlukan veneer ;

-Gigi yang kekuningan/kehitaman yang mungkin disebabkan rawatan akar, kesan sampingan penggunaan ubat dan lain-lain.
-Gigi patah atau terserpih
-Gigi hadapan yang jarang
-Gigi tidak tersusun

3.WHITENING




-proses untuk membuatkan gigi berubah warna menjadi semakin putih
-boleh merubah warna gigi menjadi lebih putih tetapi tahap putih tidak sama untuk semua orang
-ada gigi yang perlukan pemutihan berulang kali untuk menjadi putih
-ada gigi yang buat sekali sahaja sudh nampak kesannya
-perlu 'berpantang' makanan/minuman yang berwarna/berstain seperti kopi,teh,milo,kari,sirap dll untuk kekal lebih lama
-mereka yang merokok tidak digalakkan buat whitening

Saturday, May 20, 2017

Sakit gigi geraham bongsu

~~~GERAHAM BONGSU @ MOLAR TERAKHIR~~~




Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.
----------------------------------------------------------------

Kenapa sakit apabila gigi bongsu tumbuh, tidak seperti gigi-gigi lain????

Kadang kala, gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Dua sebab utama kenapa gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah:

1.Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika anda mempunyai rahang yang kecil.
2.Dihalang gigi lain, selalunya gigi geraham besar kedua yang tumbuh di depan gigi bongsu.


Kesan jika gigi bongsu tidak dibuang




Visit us today:-

Saturday, May 6, 2017

Boleh ke tampal cabut cuci gigi bulan puasa?


Doktor pun faham pesakit tengah berpuasa. Jangan risau. Kalau rasa tak selesa banyak sangat air dalam mulut, boleh bagitahu doktor kalau nak ludah. Jangan sengaja telan atau minum air dah ler. Hehe

Friday, May 5, 2017

Pilihan ganti gigi menggunakan implant



Single tooth replacement
Gantin gigi ini sesuai sekiranya anda hilang sebatang gigi atau beberapa batang gigi tetapi masih mempunyai gigi bersebelahan. Kelebihannya, gigi bersebelahan tak perlu di potong untuk membuat bridge bagi menggantikan gigi yang hilang dan ianya nampak lebih natural!



Implant supported bridge
Gantian gigi seperti ini diperlukan sekiranya terdapat banyak gigi yang hilang dan anda tidak selesa memakai gigi palsu


Implant supported denture
Jangan tak tahu, implant juga boleh memegang gigi palsu! Ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gigi palsu longgar

Wednesday, May 3, 2017

FAQ cuci gigi (scaling)

Kenapa gigi saya menjadi jarang selepas rawatan scaling?
Sebenanrya, sebelum scaling lagi gigi tersebut sudah jarang disebabkan oleh pembentukan karang pada celah gigi. Tetapi anda tak perasan gigi tersebut jarang kerana ditutup oleh karang. Hakikatnya, karang tersebutlah punca gigi jarang. Lagi lama awak biar, lagi jarang gigi awak tau! 
Cuba lihat gambar kat bawah:

 
 Gigi yang jarang ni takkan jadi rapat balik, kecuali dengan rawatan seperti veneer,braces atau crown.
Kenapa gusi berdarah semasa rawatan scaling?

Semasa dan selepas pencucian gigi, anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah. Ini adalah normal untuk mereka yang mengalami masalah gusi. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi atau makan, gusi anda berdarah dan kadangkala berdarah walaupun tidak disentuh.   
Kenapa gigi rasa kasar dan 'weird sensation' selepas cuci gigi?

Selepas gigi di cuci, anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, biasanya terasa seperti ada ruang. Ini adalah normal kerana bila karang sudah dibuang, anda akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang. jangan risau okey!
Ramai yang kata, kalau kerap sangat cuci gigi, gigi semakin menipis. Betul ke?
Alat pencucian aka scaler tidak menghakis gigi seperti yang diperkatakan kerana hanya menggunakan getaran (vibration) untuk membuang karang gigi. Jadi gigi tak akan menjadi nipis.  
 
Kekerapan untuk mencuci gigi biasanya bergantung kepada tahap cepat atau lambat pembentukan karang gigi. Ada yang memerlukan 3-6 bulan sekali. Ada juga 6-12 bulan sekali.
 
Sebenarnya karang gigi yang menyebabkan gigi semakin jarang, berdarah, 'menipis' dan longgar!

Prosedur Implant

Ramai yang bertanyakan kami tentang prosedur implant sebab kedengaran seperti menakutkan, walhal ianya lebih mudah dari mencabut sebatang gigi geraham atas yang patah!



STEP 1:
Consultation/diagnosis
Kami akan mengambil rekod perubatan & pergigian (Seperti OPG xray, CBCT & model gigi) untuk menentukan implant sesuai atau tidak untuk anda

STEP 2:
Implanting the fixture (root replacement)
Kami akan memasukkan implant ke dalam gusi kawasan gigi yang hilang. Implant ini akan melekat dan sebati dengan tulang dan berfungsi sebagai 'akar gigi' baru anda

STEP 3:
Abutment placement
Selepas proses penyembuhan, kami akan meletakkan abutment (unit sokongan untuk gigi baru-crown) pada implant sebelum ini

STEP 4:
Attaching your new permanent dental restoration (crown or bridge)
Crown atau bridge akan dibuat dan di pasang pada abutment tadi dan berfungsi sebagai gigi baru anda!

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh ke artikel seterusnya tentang pilihan mengganti gigi secara implant

Hubungi kami:

1. KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Phone/ Whatsapp : +6019 9554161

2. KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (JLN TELUK SISEK, KUANTAN)
Phone:+6019 9814913


3.KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (INDERA MAKHOTA, KUANTAN
Phone/ Whatsapp:+60197794161

GENERAL CONTACT

Email : drsyafazlina@gmail.com

Website : klinikpergigiansyarifah.blogspot.com
FB: Klinik Pergigian Syarifah - Kemaman, Kuantan & Dungun
Instagram: klinikgigisyarifah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...