Terengganu Branch

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH KEMAMAN


Lokasi:

Lot K 3110,Jln Kuantan-Kemaman,
Taman Geliga Sakti,
24000 Kemaman, Terengganu.



Phone:
  • +6019 9554161


Info lanjut:

Taman Geliga Sakti yang terletak di Kemaman, Terengganu merupakan kawasan yang dipenuhi oleh tempat-tempat pelancongan yang menarik di sekitarnya.

Terletak berhampiran Pantai Teluk Mok Nik (Monica Bay) yang dikenali sebagai pusat persinggahan pelbagai jenis penyu di perairannya. Pantai ini juga seringkali dijadikan pusat diadakan pelbagai aktiviti kebudayaan setempat.

Klinik ini juga berdekatan dengan Kuala Kemaman yang terkenal dengan keenakan keropok lekornya.

Berhampirannya juga terdapat berbagai-bagai pusat penginapan yang disediakan untuk pelancong tempatan mahupun luar negara di sekitar Cherating. Contohnya Holiday Villa Beach Resort & Spa, Impiana Resort dan Legend Cherating.
  
Melalui Taman Geliga Sakti yang merupakan jalan utama anda untuk sampai ke Pusat Perindustrian Teluk Kalong serta Pusat Industri Petroleum dan Gas.









KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH PAKA

lokasi:

lot 14894, Jalan Besar,
23100, Kampung Cacar,
23100 Paka, Terengganu

Phone:
  • +6019 9554161


Info lanjut:


Paka terletak di Terengganu, kira-kira 100 km di selatan Kuala Terengganu. Tempat berhampiran dengan Paka ialah Kerteh, Marang, Tanjong Jara, Kampung Labohan, Merchangdan lain-lain. Sungai Paka mengalir dari Bukit Patang (629 m) dan Gunung Ulu Bakar (1391 m). 

Paka pesat membangun hasil perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, berhampiran Kerteh. Petronas dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan Kerteh dan Paka. Penduduk Loji Penapis Minyak Terengganu yang besar dan panjang terletak di sini. Kawasan Perindustrian Petronas, Taman Industri Paka dan Kawasan Perindustrian Chachar dibangunkan bagi menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk.

Stesen Janakuasa Sultan Ismail, stesen janakuasa gas terbesar di Malaysia, terletak di Paka dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...